Khamis, 23 April 2009

Hukum penalti letak jawatan tidak masuk akal : Faris Musa

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Cadangan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah adalah satu cadangan keanak-anakan kerana tidak masuk akal kata
Timbalan Angkatan Muda (AMK) KeADILan Faris Musa.

Berikutan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang mahu penalty itu di kenakan keatas mana-mana Adun atau Ahli Parlimen yang mahu meletak jawatan tanpa sebab manasabah.

Beliau juga mencadangkan jika perletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi Adun terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh.

Sementara itu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir menyokong supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

Katanya, perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.

Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti-parti yang bertanding.

Faris membidas kenyataan Tan dan Mukhris sebagai tidak masuk akal kerana amalan perletakan jawatan adalah perkara biasa yang diamalkan di negara-negara berasakan demokrasi.

“Kenyataan itu amat tidak masuk akal serta agak keterlaluan dan memihak kepada kerajaan Barisan Nasional sahaja tanpa mengambil kira pendapat pihak lain,” jelas Faris kepada Suara Keadilan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dear All,

this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in all BLOGS and place in this world. Thank you.

"The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way