Khamis, 16 April 2009

Gempa 6.6 Richter gegar Bengkulu, Sumatera

Reuters


WASHINGTON: Gempa kuat berukuran 6.6 skala Richter menggegarkan Bengkulu di Sumatera, awal pagi tadi, lapor Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berkenaan berpusat di kedalaman 42 kilometer di 209 kilometer di barat daya Sumatera, dekat Bandar Bengkulu, jam 3.01 pagi 2001 GMT).

Ia diikuti gegaran susulan berukuran 5.5 Richter di kawasan sama setengah jam kemudian.

Bagaimanapun, menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan namun ombak kuat dilaporkan di kawasan terbabit.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai jumlah kerosakan dan mangsa yang terbabit.

Tiada ulasan: