Ahad, 12 April 2009

DI SEBALIK MOTIF KHAIRY TIDAK TERPILIH?

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)


RAMAI mengatakan secara umumnya Kabinet baru Najib di pengaruhi Tun Mahathir. Benar atau tiada dakwaan ramai itu sukar hendak dibuktikan. Yang lebih mengelirukan lagi bagaimana Khairy yang menang Ketua Pemuda UMNO tersingkir dari kabinet baru Datuk Najib. Sebaliknya Muhkriz yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini dilantik selaku Timbalan Menteri. Ada pendapat menyatakan pengaruhi Mahathir membawa kepada perlantikan Mukhriz dan mengenepikan Khairy.

Kalau benar Najib sudah dipengaruhi oleh Tun Mahathir. Alamat system politik di negara Malaysia sekali lagi akan kembali kepada dictatorship. Pemerintahan zalim dan kuku besi di era Tun akan menjadi model pentadbiran Najib. Apakah ini akan menyumbang kekuatan UMNO semula? Satu persoalan besar akan terjawab selepas ini.

Lojik apa Khairy tiada dipilih apa-apa jawatan dalam Kabinet Najib. Alasan cuma Khairy diberikan peranan besar untuk memulih dan membina semula penyatuan dan kekuatan Pemuda. Apakah istimewanya peranan Khairy itu sehingga tergamak diketepikan dari kabinet semata-mata kerana peranan besar beliau dalam merencana serta merekayasakan semula kekuatan Pemuda UMNO?

Yang pastinya Pak Lah kecewa sesudah menerima tekanan hebat hingga melepaskan Jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kini Khairy pula dimangsakan dalam politik UMNO yang serba mungkin boleh terjadi. Kasihan Khairy dan kasihan Pak Lah. Apa pun kita percaya sekiranya Mahathir di belakang Najib, awas rakyat akan mempergunakan ‘people power’ dan Makkal Sakti. Kuasa rakyat akhirnya akan mengatasi segala-galanya.

Tiada ulasan: