Isnin, 6 April 2009

Ceramah gabung tiga calon Bebas tidak dapat sambutan

Bernama


SUNGAI PETANI: Dengan tempoh masa berkempen tinggal sehari, tiga calon bebas bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau kini sepakat untuk berceramah dan berkempen secara serentak di atas pentas yang sama.

Tiga daripada 13 calon bebas; A Jayagopal (lambang payung), Abdul Rahim Abu (jam) dan Radzi Mat Lazim (kerusi); berkongsi pentas untuk menyampaikan ceramah kempen mereka kepada orang ramai di Sungai Lalang, malam tadi.

Bagaimanapun ceramah itu hanya dihadiri oleh kira-kira 20 orang sahaja dan ia lebih tertumpu kepada kritikan terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga mereka yang juga bekas ahli parti itu banyak memperkatakan tentang sikap rakus Anwar yang menguasai PKR tanpa mendengar suara ahli di peringkat akar umbi.

Antaranya, mereka mendakwa Anwar menjadikan PKR seperti parti miliknya sendiri, dan dia memilih calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya mengikut sesuka hati. -

Tiada ulasan: