Isnin, 13 April 2009

Ceramah Anwar Nizar terpaksa dibatal, pindah tempat

Oleh Syafiq Sunny


POLIS meneruskan usaha untuk mengekang demokrasi, selepas menghalang ceramah Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh malam tadi.

Dalam kejadian malam tadi, laluan ke tempah ceramah di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam telah disekat dan ditutup oleh anggota polis dan usaha berkenaan dilihat untuk menakut-nakutkan penyokong dari hadir ke tempat berkenaan.

Sebuah blog, biaqpila.blogspot.com menyebut polis menyekat semua jalan ke tempat tersebut dengan tidak memberi sebarang alasan dan sebab mengapa program tersebut tidak boleh diteruskan.

Selain itu, blog berkenaan juga memetik kenyataan Ketua Kampung Sungai Rokam yang dikenali sebagai Cikgu Ali yang berkata pihaknya membenarkan program anjuran Angkatan Muda KeADILan itu diadakan di dewan berkenaan.

Walaubagaimanapun sebarang permit tidak diperlukan oleh pihak penganjur kerana program berkenaan berlangsung dalam kawasan premis JKKK.

Kerana tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut dan bertukar ke Dewan Toh Boo Keong.

Dalam ceramah yang diadakan disana, kira-kira 2000 orang berkumpul didewan berkenaan bagi mendengar amanat kedua pemimpin yang dihormati itu.

Tiada ulasan: