Selasa, 7 April 2009

Bendera Umno lebih banyak dari MIC

Zaid Ibrahim gesa sokong Pakatan Rakyat.

Oleh: Rusnizam Mahat


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim menyeru pengundi-pengundi di N.25 Bukit Selambau supaya memilih calon Pakatan Rakyat, S. manikumar
sebagai wakil mereka di kawasan itu.

“Demokrasi di Malaysia sekarang sedang tenat akibat diterajui oleh golongan yang gila kuasa dan mereka takut kehilangan kuasa sehingga sanggup lakukan apa saja untuk mendapat kuasa. kalau perlu tipu mereka akan tipu, kalau perlu bohong mereka akan bohong. Inilah apa yang BN sedang alami sekarang.

“Saya minta penduduk di Bukit Selambau supaya teruskan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,”katanya pada ceramah rand Finale Pakatan Rakyat di Sungai Lalang malam tadi.

Kata Zaid, beliau dipecat dari Umno bukan kerana terlibat dengan jenayah perjudian atau rasuah, tetapi hanya lah kerana menghadiri kongres keADILan yang diadakan di Shah Alam pada akhir tahun lalu selepas dijemput oleh parti itu.

Zaid dalam ucapannya beliau turut dipecat dari Umno kerana mengkritik konsep ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh parti itu.

“orang melayu yang ada hak istimewa kita boleh terima, tak ada masalah. Itu bukan soal ketuanan melayu. Masalahnya mereka ini tidak faham beza antara ketuanan melayu dan hak keistimewaan melayu,”katanya.

“Orang Umno marah bila saya kata konsep ketuanan melayu ini apa benda. Konsep ketuanan melayu ini hanya rekaan Abdullah Ahmad (rakan mahathir),”ujarnya.

Kehadiran Zaid di atas pentas keADILan malam tadi memberi semangat baru kepada pengund-pengundi di BUkit selambau dalam menentukan siapakah calon pilihan mereka.

Kemunculan itu turut memberi tamparan hebat kepada Umno dengan memainkan isu kemasukan kembali bekas Perdana Menteri Mahathir Mohammad ke dalam parti itu dan berkempen untuk memenangkan calon MIC, S.Ganesan.

Hadir pada program cermah malam tadi ialah Ketua penerangan keADILan, Anwar Ibrahim, Naib presiden KeADILan, Azmin Ali, Pengarah Strategi keADILan,Saifuddin Nasution, Ketua Penerangan, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Anwar minta penyokong Pakatan keluar awal.

Ketua umum KeADILan, Anwar Ibrahim menyeru supaya pengundi-pengundi di kawasan Dn N.25 Bukit Selambau supaya keluar mengundi awal hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ceramah grand Finale di Sungai Lalang, Sungai petani malam tadi.

Anwar mengingat rakyat khususnya penduduk Bukit Selambau supaya tidak termakan dengan segala dakyah dan penipuan yang dimainkan oleh media arus perdana yang saban hari menyerang beliau.

Tiada ulasan: