Jumaat, 17 April 2009

Anwar Ibrahim di Kuantan 18 April

Basiron Abdul Wahab



TEMERLOH - Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berada di Kuantan pada 18 April ini (Sabtu).

Menurut sumber KeAdilan Pahang, Anwar dijadualkan akan merasmikan Ibu Pejabat KeAdilan Pahang yang baru di jalan Beserah berhadapan Poliklinik Beserah.

Sehubungan itu majlis jamuan bersama rakyat akan diadakan mulai jam 5.00 petang manakala ceramah umum membabitkan Anwar dan para pemimpin Pakatan Rakyat Pahang akan diadakan pada jam 9.00 malam di tempat sama.

Ini adalah kali pertama Anwar datang ke Pahang selepas Pakatan Rakyat menang dalam dua pilihan kecil Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada 7 April lalu serta peralihan kuasa Abdullah-Najib 3 April lalu.

Anwar dijangka akan memperjelaskan isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat yang perlu diketahui para pendokong perjuangan oposisi. - mns _

Tiada ulasan: