Isnin, 16 Mac 2009

Suami isteri tak mengaku hina Sultan Perak

MYMETRO


KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan menghantar komen yang jelik ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam, dituduh menghantar komen yang jelik sifatnya di

http://books.dreambook.com.webper/-dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga di sini pada 7.57 pagi dan 8.01 pagi, 14 Feb.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1958 (AKta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Tiada ulasan: