Jumaat, 6 Mac 2009

SPRM tawar 5,000 jawatan kosong untuk diisi

SINAR HARIAN ONLINE


MELAKA – Sebany:ak 5,000 kekosongan jawatan ditawarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diisi bagi me:merangi gejala rasuah secara efektif dan penuh komitmen di negara ini.

Manakala, bagi tahun ini sahaja, seramai 900 anggota baru SPRM akan memulakan tugas dan kira-kira tiga minggu dari sekarang, seramai 182 akan dipanggil menjalani latihan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pengambilan bagi mengisi kekosongan semua jawatan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Beliau berkata, pihaknya berharap penambahan anggota baru nanti membabitkan lebih ramai penyertaan daripada pelbagai bangsa seperti Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak dan sebagainya.

“Permohonan untuk menjadi anggota SPRM masih melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Namun, kita mempunyai sembilan panel khas yang berperanan menemuduga calon untuk diambil sebagai anggota,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Asas Pegawai SPRM (Penguasa dan Penolong Kuasa) Siri 3/2008 dan KPSL (Penguasa) Siri 1/2009 di Medan Kawad, di sini, semalam.

Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengadakan Sidang DUN di luar Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh tanpa perkenan Sultan Perak, kelmarin, Ahmad Said berkata, terdapat peruntukan bagi membolehkan Speaker itu disiasat akibat salah lakunya yang didakwa tidak mengikut perlembagaan.

Menurutnya, Sivakumar boleh disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 kerana tidak mengikut peraturan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan jawatan.

“Beliau boleh disiasat dan mengikut tafsiran baru kita misalnya ADUN atau Speaker masing-masing adalah penjawat awam dan boleh dikenakan tindakan jika menyalahgunakan kuasa mereka.

“Namun, ia tertakluk kepada undang-undang tubuh dan peraturan DUN berkenaan,” katanya.

Kepada satu soalan lain, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu mengaku bersedia memberi kerjasama kepada polis selepas 12 laporan polis dibuat terhadapnya atas dakwaan membuat ke-nya-taan fitnah terhadap Men-teri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelenggaraan kereta peribadi serta pembelian 46 lembu korban.

Menurutnya, Malaysia adalah negara demokrasi dan menerima secara terbuka siasatan dijalankan terhadap dirinya.

“Biarlah polis menyiasat dan kalau didapati itu adalah fitnah, polis boleh mengambil tindakan. Namun, jika perkara itu tidak betul, polis perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat laporan polis berkenaan,” katanya.

Tiada ulasan: