Rabu, 18 Mac 2009

SPA tawar 46,000 jawatan kosong

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan sebanyak 46,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi termasuk kepada mereka yang hilang pekerjaan akibat kegawatan ekonomi, jika layak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah berkata kekosongan adalah dalam bidang Perubatan dan Kesihatan, Separa Perubatan, Kejuruteraan dan Kemahiran, Tadbir dan Diplomatik, Pentadbiran dan Sokongan, Kewangan, Sains, Sistem Maklumat, Penyelidikan dan Pembangunan, Keselamatan dan Pertahanan Awam, Penyiasatan dan Perundangan, Bakat Seni, Penguatkuasaan Maritim, Sosial, Pengangkutan, Ekonomi, Pertanian dan Pendidikan.

Beliau berkata jawatan yang ditawarkan ialah jururawat, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penguasa Imigresen, Pegawai Penguatkuasa, Jurutera, Arkitek, Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang, Pegawai Veterinar, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Pertanian dan 267 skim jawatan yang lain.

Tiada ulasan: