Selasa, 17 Mac 2009

Siasat pindah wang LZS

SINAR HARIAN


SHAH ALAM – ADUN Hulu Klang, Shaari Sungib mendesak Lembaga Zakat Selangor (LZS) disiasat berikutan pemindahan wang berjuta ringgit yang tidak diagihkan pada 11 Disember 2008 ke MAA Takaful.

Menurut beliau, sejumlah kutipan LZS yang sebelum ini disimpan dalam deposit tetap, dipindahkan kepada akaun Takaful Structured Invest.

“Pada 11 Disember, di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), saya menerima maklumat mengenai perbezaan aliran wang kutipan zakat yang tidak diagihkan sebaliknya disimpan dalam deposit tetap.

“Tetapi wang berjuta-juta ringgit dipindahkan ke satu akaun iaitu Takaful Structured Invest, di bawah MAA Takaful,” katanya ketika ditemui selepas sidang DUN ditangguhkan, semalam.

Menurut Shaari, dalam kegawatan ekonomi, penyimpanan wang lebih selamat dalam bentuk deposit tetap kerana sekurang-kurangnya ada pulangan.

“Sebaliknya sekiranya wang itu dilaburkan, meberi risiko besar,” katanya.

Tiada ulasan: