Selasa, 24 Mac 2009

Samy Vellu digesa jelaskan peralihan kuasa MIC

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Dalam kenyataan yang jarang diberikan oleh pemimpin lapisan dilantiknya, Datuk Seri S. Samy Vellu, yang kelmarin mengekalkan jawatan Presiden MIC untuk penggal ke-11 berturut-turut, diminta supaya mengumumkan pelan peralihan kuasa bagi kepimpinan tertinggi parti.

Penasihat Pemuda MIC, S. Ramis berkata, pengumuman pelan itu akan memastikan hala tuju lebih jelas yang akan dilaksanakan oleh parti selepas pengunduran Samy Vellu.

Pada akhir penamaan calon jawatan presiden MIC semalam, Samy Vellu mengekalkan jawatan itu selepas Datuk M. Muthupalaniappan yang berhasrat mencabarnya bagi jawatan itu, dibatalkan 90 peratus pencalonannya oleh jawatankuasa pemandu pemilihan parti kerana gagal mematuhi perlembagaan parti dan undangundang kecil pemilihan presiden MIC.

Ketika berucap selepas diumumkan sebagai pemenang, Samy Vellu, yang menerajui parti sejak 1979, berkata ini adalah penggal terakhirnya.

"Jika ini adalah penggal terakhir, maka sewajarnyalah beliau mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai pengganti.

"Ini akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada parti dalam mengharungi waktu yang sukar ini," kata Ramis kepada Bernama ketika dihubungi.

Ditanya mengenai calon yang difikirkan layak menggantikan presiden itu yang telah berkhidmat sekian lama, beliau berkata, "ada ramai pemimpin dalam parti yang boleh mengambil alih."

Tiada ulasan: