Ahad, 1 Mac 2009

Saiful: Sungguh saya tak bertanding...

Abdul Rahim Sabri


Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Kedah, Saiful Izham Ramli sekali lagi menafikan desas-desus bahawa beliau akan bertanding mewakili PKR dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April ini.

"Bohong, saya tak bertanding. Bila saya kata tak bertanding, saya tak bertandinglah. Saya bukan main wayang.

"Sungguh saya tak bertanding," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebaliknya, kata Saiful Izham, beliau telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus bahawa beliau dicalonkan mewakili PKR di kerusi tersebut dan temuduga yang dijalankan oleh PKR Kedah hanyalah bersifat formaliti sahaja.

Sabtu lalu, PKR Kedah mengadakan pertemuan dengan 18 calon yang menawarkan diri menjadi calon di Bukit Selambau.

Daripada jumlah tersebut, hanya empat calon sahaja yang berpotensi telah disenarai pendek untuk dipilih PKR pusat.

Ditanya mengenai identiti empat calon tersebut sebagai calon Bukit Selambau, Saiful berkata: "Saya tidak tahu".

Kerusi tersebut dikosongkan ekoran penyandangnya, V Arumugam meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah awal bulan ini.

Dalam pilihanraya umum, 8 Mac lalu, Arumugam menang atas tiket bebas, dan kemudiannya menyertai PKR. Beliau menewaskan calon BN dari MIC, S Krishnan.

Arumugam menang dengan majoriti 2,362 undi. Beliau mendapat mendapat 13,225 undi manakala Krishnan yang memperolehi 10,863 undi.

Tiada ulasan: