Khamis, 19 Mac 2009

Penipuan gelaran Datuk, SPRM kenal pasti dua suspek

BERNAMA


IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lagi suspek dipercayai anggota satu sindiket penipuan yang menawarkan gelaran Datuk menggunakan nama kesultanan Perak.

"Kedua-dua suspek berkenaan sudah dikenal pasti dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat," kata Pengarah SPRM Perak, Bahri Mohamad Zin.

Sebelum ini, lima suspek di mana seorang daripadanya wanita ditahan di sekitar ibu negara serta di sini.

SPRM turut menemui borang untuk di isi bagi mereka yang inginkan mendapat gelaran tersebut.

Sindiket berkenaan bergerak aktif seluruh negara dan dipercayai sudah memperdayakan tiga ahli perniagaan di Perak.

Bahri berkata, kebanyakan urusan yang dijalankan sindiket berkenaan dibuat di Kuala Lumpur, dan seseorang itu perlu membayar deposit antara RM5,000 dan RM25,000 serta bayaran antara RM200,000 dan RM500,000 apabila menerima gelaran Datuk Seri atau Datuk.

Lima suspek berkenaan ditahan reman selima tiga hari sehingga Jumaat ini, bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: