Isnin, 16 Mac 2009

Pemuda Umno akan sekat kemenangan hatrik pembangkang - Hishammuddin

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan memastikan pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini.

"Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," kata ketua pergerakannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis penutup latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno di sini hari ini.

Pembangkang sebelum ini menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Beliau juga berkata Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecahbelah anggota parti, melagalagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.

"Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat," kata Hishammuddin.

Tiada ulasan: