Sabtu, 21 Mac 2009

Pemilihan Umno: Nasib Norza diketahui Isnin

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Status kelayakan bagi Datuk Norza Zakaria untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti minggu depan bakal diketahui Isnin ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihak pengurusan parti sedang menyemak mengenai kedudukan Norza kerana beliau kini sedang berhadapan dengan tuduhan di mahkamah kerana terlibat dengan rasuah.

"Keputusan mengenai status beliau (Norza) masih tertangguh.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga telah meminta Lembaga Disiplin Umno untuk menyiasat kes tersebut. Jadi, ada kekeliruan... kita sedang menyemaknya," katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2008 yang akan diadakan pada 24 hingga 28 Mac ini.

Pada 13 Mac lepas, Norza dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah.

Tengku Adnan berkata hingga kini jumlah calon yang akan bertanding bagi jawatan MT ialah seramai 50 orang.

"Jika tidak ada 51 (orang), tapi seorang tarik diri, jadi setakat sekarang ada 50 orang...nanti jika dia (Norza) tak ada tinggal 49 lah.

"Tapi sekarang kita tak tahu lagi," katanya.

Ditanya sama ada Norza bercadang untuk menarik diri daripada bertanding, beliau berkata: "Tak ada".

Tiada ulasan: