Isnin, 16 Mac 2009

Pakatan Rakyat umum calon Bukit Selambau 28 Mac ini

BERNAMA


ALOR SETAR: Pakatan pembangkang akan mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 28 Mac ini, sehari sebelum hari penamaan calon, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon berkenaan berikutan kerusi DUN itu merupakan kuota PKR.

"Calon dijangka diumum pada sebelah malam pada hari itu tapi apa pun keputusan, ia terletak di tangan PKR ," kata beliau kepada pemberita sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah Datuk S. Ganesan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil 7 April ini.

Tiada ulasan: