Khamis, 5 Mac 2009

Pakatan Rakyat akan cabar perintah mahkamah - Nga

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mencegah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar daripada mengadakan persidangan akan dicabar, kata ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Beliau akan mengemukakan injuksi di Mahkamah Rayuan.

Jelasnya di bawah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan, kesahihan sebarang prosiding dalam perhimpunan yang legislatif tidak boleh dipersoal dalam sebarang mahkamah.

"Saya terkejut apabila badan kehakiman itu menyerahkan prosiding yang legislatif.

"Ia seperti mengolok-olokkan undang-undang," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Nga berkata tiga usul yang diluluskan dalam sidang tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok Selasa lalu telah diputuskan sebelum keputusan mahkamah.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata keputusan mahkamah adalah 'batal dan tidak sah' kerana ia tidak mengikut perlembagaan serta di luar bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Katanya perintah itu disokong oleh mana-mana undang dan boleh diabaikan.

"Perhimpunan itu adalah dalam bidang kuasanya untuk mengabaikan perintah mahkamah.

"Ya, mahkamah boleh berada dalam situasi penghinaan kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa (dalam hal ini)," katanya.

Mengenai keputusan mahkamah supaya Sivakumar mesti diwakili oleh penasihat undang-undang rasmi, Karpal berkata ia adalah satu 'keputusan yang salah' kerana wujudnya konflik kepentingan yang nyata.

Tiada ulasan: