Rabu, 25 Mac 2009

MB enggan ulas spekulasi Exco

SINAR HARIAN


AMPANG - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengulas apa-apa spekulasi berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sehingga diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini.

Abdul Khalid berkata, tiada apa yang akan dijelaskan mengenai perkara tersebut termasuk memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru mengaitkan ADUN Rawang, Gan Pei Nei sebagai pengganti kepada Elizabeth untuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

“Keputusan mengenai kedudukan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akan diketahui selepas perkara itu dibentangkan dan dibincang pada Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri esok (hari ini), “ katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Hartanah 2009, di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi terbaru mengaitkan Pe Nei yang juga rakan Elizabeth sebagai wajah baru yang bakal dilantik sebagai Exco.

Pei Nei bagaimanapun menafikan khabar angin tidak berasas itu yang bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

Elizabeth pada 17 Februari lalu menawarkan diri meletakkan jawatan Ahli Majlis Mesyu-arat Kerajaan Negeri (Exco) dan sebagai wakil rakyat Bukit Lanjan selepas gambar kontro-versinya tersebar di internet.

Tiada ulasan: