Khamis, 5 Mac 2009

Laporan polis terhadap SU DUN Perak

Basiron Abdul Wahab


KUANTAN - Pakatan Rakyat Pahang turut membuat laporan polis terhadap tindak tanduk 'pengawai kerajaan' negeri Perak yang menghalang Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negara (Adun) Perak memasuki dewan persidangan 3 Mac lalu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada media bersama Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman berkata, tindakan setiausaha Dun Perak dan pasukan polis mengahalang Adun memasuki bangunan Dun sangat memalukan negara pada pandangan dunia luar.

Katanya, sebagai penjawat awam, setiausaha kerajaan negeri (Suk) dan setiausaha Dun sepatutnya berkecuali dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan. Begitu juga dengan pasukan keselamatan, tidak sepatutnya pasukan itu diperalatkan untuk menghalang Adun yang dipiih secara sah bersidang.

Tindakan Pasukan keselamatan telah menjejaskan prinsip 'tidak memihak' kepada mana-mana parti politik yang menjadi dasar perkhidmatan awam.

Pada 3 Mac lalu, sidang tergempar Dun Perak terpaksa diadakan dibawah pokok kira-kira 100 meter daripada bangunan Dun Perak apabila bangunan berkenaan di tutup Polis bagi menghalang Adun memasuki dewan persidangan.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira jam 12.30 tengah hari turut diserta Presiden Persatuan Anak Peneroka Se Malaysia (Anak), Mazlan Aliman. - azm _

Tiada ulasan: