Khamis, 19 Mac 2009

Lantikan Hakim,isu Fatwa dibincang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini membincangkan isu berkaitan fatwa, kedudukan Kolej Islam dan pelantikan Hakimhakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.

Turut dibincangkan ialah perkara berkaitan pertahanan, keselamatan dan ekonomi negara, kata Penyimpan Mohor Besar RajaRaja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dalam satu kenyataan.

Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menghadiri itu yang berlangsung di Istana Negara di sini, diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mempengerusikan mesyuarat ke-216 itu.

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu, kecuali Terengganu dan Johor.

Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud manakala Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.

Tiada ulasan: