Rabu, 11 Mac 2009

Lagi bukti penglibatan Najib - Altantuya, AMK desak siasat Najib

Suara keADILan


ANGKATAN Muda KeADILan Malaysia meminta polis agar menyiasat pendedahan terbaru, sebuah akhbar Perancis, The French Liberation yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Abdul Razak Baginda di dalam satu penerbitan artikel di akhbar tersebut.

Artikel berkenaan, ‘The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?’ yang disiarkan pada 5 Mac lalu ditulis oleh Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand mengaitkan kedua nama tersebut dikaitkan dengan komisyen berjumlah 114 Juta Euro sebagai pembelian kontrak kapal selam Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sewaktu Najib menjawat Menteri Pertahanan.

Selain itu, artikel berkenaan juga dengan jelas menyebut nama seorang warganegara Mongolia, Altanyuya Shaaribuu - yang dibunuh kejam penghujung tahun 2006 di Malaysia yang dikatakan teman wanita Abdul Razak yang disebut sebagai seorang yang mempunyai hak ke atas komisyen 114 Juta Euro berkaitan dengan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM.

“Keraguan timbul melalui laporan artikel tersebut apabila wartawan artikel telah menyatakan dengan jelas bagaimana kaitan di antara Altantuya, Abdul Razak dan Najib yang dikatakan mempunyai hubungkait rapat berkenaan dengan urusan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM yang seterusnya mengakibatkan Altantuya Shaaribuu mati dibunuh oleh pihak Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno sebelum ini menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau turut bersumpah tidak pernah mengenali wanita itu sewaktu pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Shamsul berkata, Artikel berkenaan turut merujuk kepada satu Kenyataan Beramaran (Cautious Statement) yang dikatakan merakamkan percakapan tertuduh yang didakwa membunuh Altantuya Sirul Azhar Omar.

Rakaman terbabit mengaitkan kesemua individu iaitu Najib, Rosmah dan Abdul Razak mempunyai kaitan secara tidak langsung didalam urusan pemberian komisyen dan pembunuhan Altantuya.

“Sehubungan itu, saya berpandangan bahawa suatu siasatan menyeluruh perlu dibuat oleh PDRM terhadap Najib, Rosmah dan Abdul Razak mengenai isu komisyen berjumlah 114 Juta Euro dan pembunuhan Altantuya oleh pihak UTK (Sirul Azhar), berdasarkan artikel tersebut serta rakaman percakapan Sirul,” katanya di Luar Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, 8 Mac lalu yang turut dihadiri oleh Naib Ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Wilayah Mat Zaman Tasi beberapa anggota Exco dan 50 penyokong AMK.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Lebih kejam, Arnaud turut melaporkan Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Tiada ulasan: