Sabtu, 21 Mac 2009

Kes rasuah bekas menteri?

Kes rasuah bekas menteri?
BERNAMA


SHAH ALAM - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini menyerahkan dokumen yang didakwa tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh seorang bekas menteri, yang melibatkan pengagihan saham khas sebanyak 1.5 juta unit untuk bumiputera pada 1993, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Gerak, Siti Faridah Abdul Samad dan dua anggota jawatankuasanya, Adlin Jalaluddin dan Wan Afifi Wan Zainuddin menyerahkan dokumen setebal 12 muka surat itu kepada pegawai-pegawai penyiasat SPRM di sini.

"Gerak berharap agar SPRM dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap kes ini dan sekiranya wujud bukti yang kukuh berkaitan kes, maka pihak yang terbabit perlu menjalani proses undang-undang," katanya.

Pengagihan saham khas bumiputera itu didakwa diberikan kepada seorang anggota keluarga bekas menteri itu.

Tiada ulasan: