Khamis, 19 Mac 2009

Kes Karpal ke Mahkamah Tinggi Isnin ini

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perbincaraan kes Pengerusi DAP Karpal Singh, yang didakwa menyebut katakata menghasut mengenai Sultan Perak, akan disebut di Mahkamah Tinggi di sini Isnin ini.

Ia akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azman Abdullah.

Pada Selasa lepas Karpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi setelah dipersetujui kedua-dua pihak.

Karpal, 69, yang juga seorang peguam, didakwa melakukan perbuatan itu pada satu sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co di No 67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari 6 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 itu membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau keduaduanya sekali.

Hakim Mahkamah Sesyen Mohamad Sekeri Mamat membenarkan Karpal dijamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tiada ulasan: