Sabtu, 7 Mac 2009

KDRM rampas alat pemuas nafsu

KOSMO ONLINE


MELAKA - Sebuah syarikat perabot yang cuba menyeludup alat pemuas nafsu menggunakan lori syarikatnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya terjerat dalam pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka baru-baru ini.

Siasatan menyeluruh KDRM ke atas lori milik syarikat yang berpangkalan di Cheras, Kuala Lumpur itu mendapati ia membawa barangan untuk memuaskan nafsu seperti alat-alat perangsang seks, pelbagai jenis ubat, cakera padat digital (DVD) lucah dan pelbagai lagi.

Menurut Pengarah KDRM Melaka, Mohd. Sufian Damanhuri, sebuah lori yang sarat dengan 34 kotak besar yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar dan Batu Pahat ditahan dalam satu sekatan jalan raya pada pukul 11 pagi 23 Februari lalu dekat Serkam.

"Tiada perabot dalam lori tersebut seperti yang disangkakan sebaliknya terdapat 17 jenis barangan lucah dan terlarang di dalam kotak-kotak tersebut yang kesemuanya dipercayai dibawa dari negara China.

"Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM11,000 membabitkan cukai sebanyak RM8,000. Pemandu, kelindan serta pemilik lori kini berada dalam tahanan untuk siasatan," ujarnya.

Tiada ulasan: