Rabu, 18 Mac 2009

Isu SPRM: Azalina enggan mengulas

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini enggan memberi sebarang ulasan sama ada beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah yang dihadapi oleh pegawainya pada 13 Mac lalu.

"Saya akan hanya bercakap mengenai program ini sahaja. Kalau hal-hal lain saya tidak akan komen," katanya selepas merasmikan pelancaran pengiklanan jingle Zoom Malaysia di rangkaian radio AMP Networks di sini hari ini.

Azalina yang juga ahli Parlimen Pengerang akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi pada pemilihan yang akan berlangsung pada 28 Mac ini.

Rabu lalu, Azalina berkata beliau bersedia memberi keterangan bagi membantu siasatan rasuah oleh SPRM, namun sehingga hari ini beliau belum dipanggil agensi tersebut bagi tujuan berkenaan.

Lapan pegawai kanan Menteri Pelancongan itu disiasat oleh SPRM bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Mereka disoal siasat dan memberi kerjasama sepenuhnya termasuk mengemukakan segala dokumen.

Jelas Azalina, persediaan beliau bagi menghadapi pemilihan itu tidak terjejas walaupun beberapa pegawainya disiasat oleh SPRM baru-baru ini.

Tiada ulasan: