Khamis, 12 Mac 2009

Elaun pengerusi JKKK Selangor akan dinaikkan

Muhammad Arif Ismail


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membuat kajian bagi cadangan untuk menaikkan elaun pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) di negeri ini.

"Kerajaan Negeri juga menimbang semula untuk menaikkan jumlah elaun yang diberikan kepada ahli JKKK di seluruh Selangor," katanya.

Menurut beliau, perkara ini akan diputuskan oleh mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan setiap hari rabu dan dijangka akan diumumkan dalam minggu depan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pada hari ini.

"Sebelum ini, kadar elaun pengerusi JKKK sejak beberapa tahun lalu ialah RM450 sebulan," beliau berkata demikian selepas Majlis perjumpaan khas Menteri Besar bersama ahli-ahli JKKK seluruh Selangor sempena sambutan satu tahun pemerintahan Pakatan Rakyat pada 8 Mac lalu.

Hadir sama dalam majlis itu semua Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.

Dalam majlis yang dihadiri lebih kurang seramai 6,000 ahli JKKK dari 386 buah kampung di Selangor turut mengumumkan perlantikan 40 ketua kampung dari kalangan kaum india bagi penduduk kampung majoriti masyarakat itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga menambah, pada tahun ini 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) telah memasuki fasa kedua dengan memberi tumpuan kepada beberapa penambahbaikan kepada program kebajikan.

"Dalam fasa kedua MES, kakitangan kerajaan negeri bakal mendapat kemudahan cuti tambahan.

Kerajaan negeri juga bercadang untuk membantu golongan usahawan dan golongan belia berasaskan kebolehan dan kemampuan masing untuk memperbaiki taraf hidup," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama tambahan cuti bagi kakitang kerajaan telah dikuatkuasakan pada satu Januari lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

"Kita telah mengumumkan kemudahan cuti tambahan sebanyak 90 hari iaitu tambahan 30 hari dari 60 hari sebelum ini bagi kakitangan kerajaan wanita yang bersalin melahirkan anak," katanya. - azm_

Tiada ulasan: