Jumaat, 20 Mac 2009

DAP mahu SUK Perak disiasat

MALAYSIA KINI


Adun DAP Pantai Remis melaporkan kepada polis berhubung isu 27 wakil Pakatan Rakyat yang dihalang masuk ke bangunan DUN Perak untuk menghadiri sidang tergempar, awal bulan ini.

Dalam aduannya di ibu pejabat polis Ipoh hari ini, Nga Kor Ming menggesa siasatan dan tindakan dikenakan terhadap semua pihak yang menghalang mereka.

"Adalah satu kesalahan jenayah bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bahawa mana-mana phak yang menghalang Adun daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, jika disabit kesalahan, akan dipenjarakan selama tempoh maksimum tujuh tahun atau denda," laporan polis itu dipetik.

Exco pendidikan dan kerajaan tempatan kerajaan Pakatan Perak itu berkata beliau dimaklumkan oleh ketua polis daerah ACP Azisman Alias bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengarahkannya berbuat demikian.

Nga menambah, selain arahan pegawai polis itu, beliau terkejut apabila mendapati pasukan pencegah rusuhan FRU dan sekumpulan samseng berdiri di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac lalu bagi menghalang mereka "sehingga mencetuskan pergaduhan dan kekecohan."

Tiada ulasan: