Sabtu, 7 Mac 2009

Ambiga terima anugerah keberanian

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan dipilih menerima anugerah keberanian sempena Hari Wanita Antarabangsa Isnin ini.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan berkata, anugerah tersebut akan disampaikan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton dalam satu majlis di Washington.

Selain Ambiga, terdapat tujuh lagi penerima anugerah iaitu Veronika Marchenko dari Rusia; Mutabar Tadjibayeva dari Uzbekistan; Hadjkjatou Mani dari Nigeria; Reem Al-Numery dari Yemen; Norma Cruz dari Guatemala; Suaad Abbas Salm dari Iraq dan Wazhma Frogh dari Afghanistan.

Kenyataan itu turut menyebut, kesemua penerima anugerah akan diberi penghormatan oleh Hillary kerana menunjukkan keberanian dan kepimpinan dalam menjaga hak wanita dan masyarakat.

Pemilihan Ambiga kerana peranan yang dimainkan beliau memperjuangkan keadilan dan undang-undang dan nasib wanita serta agama di Malaysia.

Tambah kenyataan itu, beliau seorang yang lantang bersuara dalam memperjuangkan keadilan dan memperkukuhkan peranan wanita dalam masyarakat sivil di Malaysia.

Tiada ulasan: