Isnin, 23 Mac 2009

AKIM nak kacau daun lagi di Bkt Gantang dan Bkt Selambau

BERNAMA


TANAH MERAH: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal meletakkan calon pada dua pilihan raya kecil - di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Presidennya, Hanafi Mamat berkata, keputusan meletakkan calon itu dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan Akim yang mengadakan mesyuarat berkenaan cadangan itu sebelum ini.

Beliau berkata, kedua-dua calon itu adalah anak tempatan dan merupakan penduduk di kawasan berkenaan.

"Akim yakin kedua-dua calon berkenaan mampu memberi persaingan sihat dalam suasana politik kini," katanya.

Akim, ditubuhkan pada 1995 mempunyai hampir 10,000 ahli di seluruh Malaysia. /

Tiada ulasan: