Sabtu, 7 Mac 2009

Ahmad Kamal tidak mendapat persetujuan Sivakumar

SUARA KEADILAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat Ngeh Khoo Ham akan mengfailkan saman terhadap peguam Ahmad Kamal kerana mewakili Speaker Dun Perak V Sivakumar tanpa persetujuan beliau.

Beliau berkata semasa sidang akhbar di luar dewan mahkamah bahawa dengan mewakili Sivakumar secara paksa yang di putuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh adalah satu pakatan yang di buat oleh Umno-Barisan Nasional.

“Perkara seperti ini amat tidak manasabah kerana setiap orang mempunyai kebebasan untuk memilih peguamnya sendiri,” jelas Ngeh.

“Ini menunjukkan bahawa BN menyekat kebebasan rakyat dengan menggunakan mahkamah,” tambah beliau.

Mahkamah hendaklah bebas dan dilihat sebagai badan indipenden dari sebarang pengaruh politik.

Perkara kedua yang yang ketengahkan oleh Ngeh adalah isu tiga kerusi DUN yang diistiharkan kosong oleh Speaker V Sivakumar dalam mesyuarat tergempar pada 3 Mac lalu dimana SPR tidak mahu mengumumkan pilihanraya kecil di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.

“Pihak Pakatan Rakyat akan mengfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya, tiga Exco dan tiga pekerjaya yang mewakili ketiga-tiga kawasan tersebut.

Ngeh juga akan membangkitkan soal pembayaran gaji kepada semua DUN, Speaker, menteri besar termasuk semua sultan adalah dibayar melalui dana persekutuan, maka mereka tidak tertakluk dibawah katagori kakitangan kerajaan.

“Dengan ini bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Abd Rahman Hashim terhadap Nizar dan Sivakumar yang mesti diwakili oleh peguam kerajaan kerana mereka bukan pegawai kerajaan,” kata Ngeh.

“Kenapa Zambry bolih diwakili oleh peguam swasta dan kenapa Nizar pula tidak dibenarkan diwakili oleh peguam pilihan beliau sendiri,” tanya Ngeh mengakhiri sidang akhbar petang tadi.

Tiada ulasan: