Rabu, 18 Mac 2009

4,800 pelajar IPTA berhenti setahun

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,800 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata jumlah itu adalah 1.5 peratus daripada jumlah kemasukan setiap tahun sejak 2005.

Bagaimanapun, kadar peratusan itu tidak membimbangkan dan berada pada tahap lazim, katanya menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai).

Kepada soalan Mohd Firdaus tentang kajian punca kegagalan pelajar dan berkemungkinan disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Hou berkata Kementerian tidak menganggap AUKU sebagai salah satu faktor pelajar gagal ataupun diberhentikan.

Tiada ulasan: