Selasa, 3 Mac 2009

300,000 dilarang ke luar negara - Imigresen

BERNAMA


KOTA KINABALU - Kira-kira 300,000 rakyat negara ini termasuk 78,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilarang keluar dari negara, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam.

Beliau berkata mereka ini telah disenarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran dan PTPTN.

Seramai 200,000 warga asing pula tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai sebab termasuk faktor keselamatan, katanya kepada pemberita semasa melawat Pejabat Imigresen Sabah di Likas, hari ini.

Tiada ulasan: