Rabu, 7 Januari 2009

Tak cadang haram botol air polikarbonat

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak bercadang mengharamkan penggunaan botol air daripada polikarbonat yang didakwa boleh menyebabkan pelbagai kesan kepada kesihatan termasuk kanser payu dara.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Nooraini Mohd Othman, ia sama seperti langkah negara luar termasuk Kesatuan Eropah kerana penilaian risiko tidak ketara.

"Kementerian sudah menjalankan pemantauan dari aspek kandungan Bishenol A (BPA) dalam plastik dan pembungkus makanan sejak 2001 yang meliputi kajian kandungan BPA dalam botol susu bayi.

"Kajian migrasi BPA dan kandungan BPA dalam botol air turut dijalankan. Hasil pemantauan didapati kadar migrasi dan kandungan BPA adalah pada paras amat rendah dan tidak mendatangkan risiko kesihatan," katanya dalam kenyataan semalam.

Tiada ulasan: