Rabu, 7 Januari 2009

SPR edar 1,035 kertas undi pos Sabtu ini

BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Seramai 1,035 pengundi pos dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu boleh mengundi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengedar kertas undi Sabtu ini.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Mohd Noor Daud, berkata daripada jumlah itu, seramai 1,001 pengundi adalah anggota polis, 27 anggota tentera dan selebihnya pelajar yang menuntut di luar negara.

"Untuk proses pengundian, kita tidak terlibat kerana pegawai pilihan raya, polis dan tentera sendiri yang akan menentukan tarikhnya. Apa yang kami mahu, semua kertas undi pos berkenaan perlu kembali semula kepada SPR sebelum 5 petang 17 Jan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail pada 28 Nov lepas.

Ia melibatkan calon Barisan nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan seorang calon Bebas.

Tiada ulasan: