Isnin, 5 Januari 2009

Solat hajat mohon kemenangan calon PAS

Bashir Ishak


KANGAR- Dewan Ulamak PAS Perlis akan menganjurkan Solat Hajat Perdana memohon kemenangan perjuangan Islam khususnya di Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) P36 Kuala Terengganu.

Solat hajat tersebut akan akan diadakan pada 5 Januari 2009 (Isnin) dan 16 januari 2009 (Jumaat) bertempat di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam selepas Solat Maghrib.

Sehubungan itu juga, Dewan Ulamak PAS Perlis mengharapkan semua cawangan PAS di seluruh negeri Perlis mengadakan solat hajat masing-masing pada setiap malam selepas hari penamaan calon bagi Parlimen Kuala Terengganu 6 Januari ini. - azm_

Tiada ulasan: