Jumaat, 2 Januari 2009

Pengundi Kuala Terengganu diseru waspada politik wang - Husam Musa

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU - Pengundi di P36 Parlimen Kuala Terengganu diberi nasihat agar berhati-hati dalam menangani politik wang yang dijangka hebat di pilihanraya kecil ini, demikian diberitahu oleh Naib Presiden PAS, Dato' Haji Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri hari ini dan berharap agar semua pihak berwaspada terhadap politik wang yang kini telah dilaporkan bermula dan diharap pengundi di kawasan tersebut bijak membuat pilihan terhadap calon wakil rakyat mereka nanti.

"Politik wang yang merupakan satu barah dalam negara kita dan rakyat seharusnya menolak mereka yang mengamalkan politik wang ini"ujar beliau.

"Sebelum ini, kerajaan Pusat telah mengisytiharkan sejumlah RM 6.1 juta bagi pembangunan kaum cina di Kuala Terengganu dan ia seolah-olah untuk memancing undi kaum cina di kawasan tersebut.

Husam berharap semua kaum yang terlibat dengan pengundian dalam parlimen Kuala Terengganu tersebut tidak termakan dengan cara pancing undi yang dibuat oleh Umno/BN tersebut.

Mengenai dakwaan PAS turut memberi habuan wang kepada penduduk kawasan tersebut, beliau menafikan dan diharap pihak yang mendakwa berlakunya suasana tersebut dalam PAS agar tampil memberi maklumat"katanya lagi.

Menyentuh kepada calon PAS dalam pilihanraya kecil tersebut yang agak lewat diumumkan, beliau berkata ia adalah merupakan satu strategi PAS dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Nampaknya Umno terlalu ghairah mengistiharkan calonnya dan kini calonnya telah terdedah kepada kritikan dan serangan dari dalam Umno sendiri dan strategi PAS agak bijak dalam hal ini,"kata beliau. - _

Tiada ulasan: