Selasa, 6 Januari 2009

Naib Presiden Akim batal hasrat tanding di saat akhir

Oleh G.MANIMARAN
[DIKEMAS KINI 9.45 PAGI]


KUALA TERENGGANU: Naib Presiden Angkatan Keadilan (Akim), Harun Mohamad memutuskan untuk tidak bertanding pada saat-saat terakhir bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.20 pagi tadi bagi menyerahkan borangnya bagaimanapun telah mengubah fikirannya atas alasan peribadi dan politik.

"Pagi ini saya mendapat ilham (untuk tidak bertanding). Lagipun, saya tidak berapa sihat sekarang.

"Saya memberi laluan kepada calon PAS untuk menghadapi Umno," katanya ketika ditemui di luar pusat penamaan calon.

Harun, 63, yang juga Pesuruhjaya Akim Terengganu bagaimanapun menafikan yang beliau dipujuk oleh mana-mana parti politik termasuk PAS untuk tidak bertanding.

Beliau turut meminta penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno supaya menyokong calon PAS atas alasan bahawa dasar Akim dan PAS adalah selaras untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam.

Harun sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya umum 1974 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

Tiada ulasan: