Jumaat, 2 Januari 2009

Bersih akan fokus isu 'beli undi','manupulasi undi pos' di KT

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan membuat pemantauan berhubung isu 'beli undi' dan manipulasi undi pos dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula 6 hingga 17 Januari ini.

urucakap Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa melahirkan kebimbangan terhadap dua aspek tersebut yang pada pemantauannya dalam pilihan raya umum lalu berlaku di Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita bimbang dengan manipulasi undi pos ini dan soal 'beli undi' yang berlaku mengikut tinjauan sebelum ini," katanya ketika dihubungi Harakah baru-baru ini.

Mengulas mengenai undi pos, beliau menegaskan terdapat kecenderungan dan fakta yang menyebabkan pada pilihan raya umum lalu, calon PAS, Mohamad Sabu kalah dengan manipulasi undi pos.

Ini kerana kira-kira 90 peratus undi pos dilihat menyebelahi wakil BN ketika itu dalam pada kaedah pengendalian undi pos yang amat diragui, katanya.

Pemerhati bebas hanya dibenarkan membuat pemerhatian ketika kiraan undi pos pada jarak 50 meter dari kawasan pengiraan, sedangkan dengan jarak itu sukar bagi pemerhati untuk melihat sebarang kemungkinan berlakunya manipulasi terhadap kiraan undi, katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan faktor 'beli undi' yang dilihat sebagai antara faktor yang menyebabkan pengundi sukar membuat keputusan secara bebas.

"Di Terengganu sikap pengundinya bukan seperti di Kelantan yang boleh menerima wang dan bebas membuat keputusan.Di sana (Terengganu) mereka terkadang termakan dengan wang yang diberi secara terus oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau turut mendedahkan adanya usaha pihak tertentu memberi ang poket' kepada pengundi luar yang mengundi di Terengganu supaya pulang mengundi.

Walaupun pemberian wang ini disifatkan sebagai 'duit poket' untuk pulang melaksanakan tanggungjawab membuang undi, namun ia juga dilihat sebagai alat untuk memastikan mereka yang diberi wang mengundi calon tertentu, dakwanya.

Bersih akan mengadakan pemantauan bersama Malaysian Voters United( Malvu) bermula selepas hari penamaan calon hingga hari pengundian, kata Faisal. _

Tiada ulasan: