Ahad, 4 Januari 2009

Banjir: hari pertama 30,000 murid tahun satu di Kelantan terjejas

UTUSANON LINE


RANTAU PANJANG - Sesi hari pertama persekolahan kira-kira 30,000 murid baru tahun satu di 33 sekolah rendah di seluruh Kelantan yang bermula hari ini terjejas ekoran banjir.

Kesemua sekolah tersebut dan lima sekolah menengah ditutup kerana dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd. Ghazali Abdul Rahman berkata, penutupan 33 sekolah rendah itu menjejaskan kira-kira 30,000 daripada jumlah keseluruhan 32,159 murid baru tahun satu yang mula mendaftar hari ini.

Katanya, pembukaan semula sekolah-sekolah terbabit bergantung kepada keputusan hasil mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing yang akan dibuat selepas air surut.

Tiada ulasan: