Jumaat, 5 Disember 2008

Usul supaya Idris Harun dirujuk kepada jawatankuasa ditolak

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang bagi merujuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Harun kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul itu dikemukakan oleh Lim yang mendakwa satu kenyataan Idris telah menyebabkan bekas Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Rafiah Salim mendakwa beliau (Rafiah) dihina dan prestasinya tidak baik, dan beliau (Rafiah) mahukan satu permohonan maaf.

Dalam menolak usul itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau mendapati kenyataan Idris itu tidak menghina Rafiah.

Wan Junaidi turut menolak usul yang juga dibawa oleh Lim supaya Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman menarik balik perkataan "anti-Melayu" semasa perbahasan pada 30 Oktober lepas yang didakwa tidak sepatutnya disebut dalam dewan.

Tiada ulasan: