Selasa, 9 Disember 2008

Tiga kampung dilanda banjir kilat

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Hujan tanpa henti sejak awal pagi semalam menyebabkan banjir kilat di tiga buah kampung di sekitar Padang Jawa di sini.

Tiga kampung terlibat ialah Kampung Sungai Rasau, Kampung Air Kuning dan Kampung Rambutan.

Hujan berterusan sejak jam 3 pagi semalam juga menyebabkan beberapa laluan utama iaitu Jalan Sungai Rasau dari arah Shah Alam dan Klang di sini terpaksa ditutup beberapa jam untuk keselamatan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun banjir kilat setinggi 0.3 meter itu pulih kira-kira jam 4 petang sebelum Jalan Sungai Rasau dari kedua-dua arah pula dibuka semula kepada laluan pada jam 3 petang.

Pegawai Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, bilik gerakan banjir MBSA menerima aduan mengenai banjir kilat di tiga buah kampung terbabit pada jam 6 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota MBSA dihantar ke kawasan terlibat untuk membantu penduduk dengan dibantu Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan polis trafik yang bertugas menjaga lalu lintas.

“Kita telah mendirikan beberapa buah khemah sebagai persediaan selain mengagih-agihkan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Bagaimanapun setakat ini tiada penduduk yang dipindahkan kerana air sudah mula surut dan MBSA juga membantu penduduk-penduduk meneluarkan air dari rumah mereka dengan mesin penyedut air,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiada ulasan: