Jumaat, 12 Disember 2008

Teresa Kok saman Utusan, Chamil RM30 juta

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memfailkan saman fitnah RM30 juta ke atas Kumpulan Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Insitut Akhbar Malaysia, Datuk Chamil Wariya.

Tuntutan saman difailkan oleh peguam Teresa, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Pada 12 Oktober, Sankara mendakwa Utusan telah menyiarkan sebuah cerpen bertajuk Politik Baru YB Josephine, yang didakwanya merujuk Teresa.

Teresa mendakwa tulisan wartawan akhbar Utusan Malaysia menggambarkannya sebagai seorang ahli politik anti-Melayu dan anti-Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Kinrara memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan-defendan tersebut yang dikatakan telah membuat tuduhan tidak berasas.

Teresa juga pernah menghantar surat yang meminta Utusan menarik balik penyiaran artikel berkenaan.

Beliau juga pada masa yang sama, memohon akhbar trsebut menerbitkan artikel memohon maaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dengan penyiaran artikel yang didakwa tidak berasas itu.

Teresa juga telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tiada ulasan: