Jumaat, 5 Disember 2008

'Perang' bermula 6 Januari, tamat 11 hari kemudian

BERNAMA/ MSTAR ONLINE


KL: Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Jan 2009 dan sekiranya ada pertandingan pengundian pula ditetapkan pada 17 Jan 2009 , Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Mengenai sebab pemilihan tarikh 17 Januari, beliau berkata: "Tarikh ini dipilih setelah mengambil kira banyak faktor termasuk cuaca."

"Faktor cuaca diambil kira kerana kami juga dapat pandangan Jabatan Kaji Cuaca bahawa keadaan cuaca tidak menentu dalam masa terdekat.

"Kita ada masa 60 hari, jadi tiada sebab hendak cepatkan (pilihan raya)," katanya.

Selain itu, jelas beliau, kira-kira 70 petugas pilihan raya merupakan guru yang telah pun merancang percutian.

"Jadi kita hendak memastikan taklimat kepada petugas tidak terganggu.

"Tarikh 17 Januari sangat sesuai kerana memberi peluang kepada yang terlibat terutama kepada calon-calon untuk membuat persiapan," katanya.

Dalam pada itu, keadaan banjir di Kuala Terengganu dilaporkan bertambah baik pagi ini.

Lebih ramai mangsa telah dibenarkan pulang sejak petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis negeri berkata, jumlah mangsa banjir di daerah itu sehingga pukul 8 pagi ini adalah seramai 300 orang berbanding 542 orang petang semalam.

"Ini menunjukkan keadaan banjir di Kuala Terengganu akan pulih seperti biasa dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masingmasing tidak lama lagi," katanya.

Jurucakap itu berkata, kawasan yang masih ditenggelami banjir ialah Taman Pusu Tiga, Taman Desa, Kampung Tok Jiring, Kampung Sungai Pinang, Kampung Bukit Tunggal, Taman Seri Embong dan Wakaf Tembesu.

Pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Tok Jiring, Surau Pak Ali Tok Jiring, Balairaya Sungai Pinang, Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. / Bernama, Mstar

KL: Hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ditetapkan pada 6 Jan 2009 dan sekiranya ada pertandingan pengundian pula ditetapkan pada 17 Jan 2009 , Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan di Putrajaya hari ini.

Mengenai sebab pemilihan tarikh 17 Januari, beliau berkata: "Tarikh ini dipilih setelah mengambil kira banyak faktor termasuk cuaca."

"Faktor cuaca diambil kira kerana kami juga dapat pandangan Jabatan Kaji Cuaca bahawa keadaan cuaca tidak menentu dalam masa terdekat.

"Kita ada masa 60 hari, jadi tiada sebab hendak cepatkan (pilihan raya)," katanya.

Selain itu, jelas beliau, kira-kira 70 petugas pilihan raya merupakan guru yang telah pun merancang percutian.

"Jadi kita hendak memastikan taklimat kepada petugas tidak terganggu.

"Tarikh 17 Januari sangat sesuai kerana memberi peluang kepada yang terlibat terutama kepada calon-calon untuk membuat persiapan," katanya.

Dalam pada itu, keadaan banjir di Kuala Terengganu dilaporkan bertambah baik pagi ini.

Lebih ramai mangsa telah dibenarkan pulang sejak petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Polis negeri berkata, jumlah mangsa banjir di daerah itu sehingga pukul 8 pagi ini adalah seramai 300 orang berbanding 542 orang petang semalam.

"Ini menunjukkan keadaan banjir di Kuala Terengganu akan pulih seperti biasa dan kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masingmasing tidak lama lagi," katanya.

Jurucakap itu berkata, kawasan yang masih ditenggelami banjir ialah Taman Pusu Tiga, Taman Desa, Kampung Tok Jiring, Kampung Sungai Pinang, Kampung Bukit Tunggal, Taman Seri Embong dan Wakaf Tembesu.

Pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Tok Jiring, Surau Pak Ali Tok Jiring, Balairaya Sungai Pinang, Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.

Tiada ulasan: