Selasa, 11 November 2008

Umno cemar Islam edar tiket ekor waktu persidangan

Hashim Abdullah


TEMERLOH - Dewan Pemuda PAS Temerloh melahirkan rasa amat kesal terhadap tindakan mencemar Islam dan kesucian Islam yang berlaku dalam mesyuarat Umno Bahagian Temerloh apabila membiarkan ahlinya mengedar tiket nombor ekor sebagaimana disiarkan media dan menjadi bualan masyarakat di daerah ini.

Serentak dengan itu menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Jauhari Ishak satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Balai Polis Temerloh pada petang ini bagi memohon pihak berkuasa menyiasat dan bertindak atas isu tersebut.

"Ternyata Islam menjadi perkara yang diperlekeh dan bahan gurau senda ahli dan pemimpin Umno walaupun mereka tahu perkara tersebut telah menghina dan mencemar kesucian Islam.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai terutama orang Melayu dan umat Islam menolak politik Umno dan kepimpinannya yang sedang berusaha merosakkan aqidah dan menyesatkan umat Islam," katanya.

Akhbar Sinar Harian terbitan semalam (Isnin) 10 November 2008 pada laman di muka hadapan (main page) telah menyiarkan berita berlakunya pengedaran nombor ekor kepada semua perwakilan Mesyuarat Umno Bahagian Temerloh yang turut diterima Ketua Umno Bahagian itu pada ketika itu, Dato' Mohd Sarit Yusoh. - mns_

Tiada ulasan: