Selasa, 11 November 2008

Timbalan Ketua MCA dirompak RM27,000

UTUSAN ONLINE


KUANTAN - Timbalan Ketua MCA Bahagian Maran, Datuk Chan Ang Ngan kerugian RM27,000 setelah rumahnya di Taman Emas di Sri Jaya, Maran dimasuki pencuri petang semalam.

Ketika ditemui, Ang Chan memberitahu, ketika kejadian, beliau tiada di rumah kerana menghadiri satu majlis berkaitan penduduk manakala isterinya berada di kedai milik mereka.

Katanya, kejadian hanya disedari setelah beliau pulang ke rumah pada pukul 7.05 malam apabila mendapati pintu rumahnya terbuka luas.

"Keadaan di dalam rumah saya berselerak akibat digeledah pencuri terbabit.

"Antara barang yang hilang ialah barang kemas, wang tunai dan jam tangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, Chan Ang membuat laporan polis di Balai Polis Sri Jaya pada pukul 8.30 malam semalam.

Tambahnya, sejak sembilan tahun mendiami rumah tersebut, ini merupakan kali pertama rumah mereka dipecah masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu dan siasatan sedang dijalankan bagi menjejaki suspek.

Tiada ulasan: