Rabu, 12 November 2008

Tiada kebebasan apabila wartawan ditahan ketika bertugas

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Wanita KeADILan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis Selangor yang menahan jurukamera Malaysiakini Syukri Mohamad dari menjalankan tugas sewaktu melaporkan berita Himpunan Bersih 9 November lalu.

Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin berkata, wartawan berhak mendapatkan laporan yang kebenaran dan menghormati hak orang ramai bagi mendapatkan maklumat yang benar.

Dalam kes ini rakyat ingin mengetahui kebenaran situasi yang berlaku sewaktu himpunan tersebut diadakan, kata Zuraida.

"Pihak polis tidak sewajarnya menahan beliau sewaktu menjalankan tugas. Malahan wartawan tersebut juga bedasarkan prinsip menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur," ujar Zuraida ketika diminta mengulas penahanan wartawan dalam himpunan Bersih.

Tindakan polis merupakan halangan kepada wartawan menyampaikan maklumat dan melanggar etika.

"Secara tidak langsung pihak polis telah menghalang wartawan tersebut menyiarakan maklumat yang telus kepada rakyat dan ianya bertenatangan di dalam prinsip kebebasan media," katanya.

DI dalam negara yang berteraskan demokrasi seharusnya pihak polis tidak menghalang wartawan tersebut dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada rakyat, katanya.

Malah Zuraida juga menggesa Ketua Polis Negara menyiasat tindakan Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar yang di katakan telah menyuraikan hadirin yang hadir ketika hadirin sedang menyanyikan lagu negaraku.

"Tindakan tersebut seolah olah menunjukkan contoh yang tidak baik dan memalukan negara sekaligus tidak menghormati kedaulatan negara dan jika ianya benar tindakan tegas perlu di kenakan terhadap beliau," katanya. - mks. _

Tiada ulasan: