Jumaat, 14 November 2008

Terserah parti bertindak ke atas Zaid

utusan online


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan sepenuhnya kepada parti untuk bertindak ke atas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO sebelum ini.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, dalam isu ini, beliau sendiri belum mengetahui apakah bentuk-bentuk tindakan yang mungkin dikenakan ke atas Zaid.

‘‘Saya tidak tahu lagi. Terpulang kepada parti (untuk mengambil tindakan),’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara di sini hari ini.

Zaid beberapa hari lalu memaklumkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berikutan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Zaid sebelum ini dilihat memberi sokongan kepada program kempen memansuhkan ISA.

Tiada ulasan: