Selasa, 11 November 2008

Penurunan harga minyak,satu kejayaan Protes

Roy Rasul


(Parlimen) KUALA LUMPUR- Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata tindakan Protes yang membuat demonstrasi bagi menurun harga minyak telah berjaya membuatkan kerajaan menurunkan harga minyak baru-baru ini.

Beliau yang berucap dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini, berkata mereka dimaklumkan harga minyak akan turun lagi.

Sambil mendapat tepukan daripada anggota sidang katanya, Protes akan memprotes sehingga harga minyak turun lebih rendah daripada harga dahulu.

Sehubungan itu, katanya, merujuk kepada soalan asal yang dibawa Dato' Biily Abit Joo (BN - Hulu Rajang) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam negri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan jumlah kes penyeludupan di dalam negera semenjak penstrukturan harga minyak dibuat, tidakkah kerajaan risau dengan penurunan harga minyak baru-baru ini.

"Penyeludupan akan meningkat semula atau adakah itu hanya hujah untuk perkuatkan alasan hendak menaikkan harga minyak.

"Sebenarnya kalau jumlah yang dapat dikesan hanya sekitar 648,000 liter dan nilainya hanya RM1.5 juta jadi penyeludupan itu bukan isu besar," katanya.

Oleh kerana itu, katanya beliau melihat hujah penyeludupan untuk menaikkan harga minyak itu hanya hujah yang sengaja dibuat.

Sementara itu menjawab soalan beliau, Timbalan Menteri berkenaan, Jelaing Anak Mersat berkata, beliau tidak pasti sama ada penurunan harga minyak itu disebabkan Protes atau kerana kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional. - mks._

Tiada ulasan: