Selasa, 18 November 2008

Kerajaan Selangor anjur program bertemu rakyat

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu peringkat negeri setiap tahun untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan maklumat, kaunseling dan sebagainya.

Program tersebut akan dimulakan pada 18 November (Selasa) bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang di ruang legar Kompleks PKNS, Shah Alam.

Pendekatan itu merupakan salah satu usaha pihak kerajaan melalui penglibatan jabatan dan agensi kerajaan turun padang bagi menyebarkan maklumat terkini serta membantu orang ramai menyelesaikan masalah.

Terdapat 28 buah jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Pilihan Raya Selangor, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.

Mereka yang memerlukan maklumat berhubung Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti skim mesra usia emas, hadiah anak masuk universiti, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Ibu Tunggal boleh mendaftar serta mendapatkan khidmat di kaunter jabatan atau agensi terlibat.

Selain itu soalan kuiz serta pameran disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi bagi menceriakan pengunjung yang hadir dalam program tersebut.

Berikut info ringkas Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)-Semakan data maklumat peminjam / permohonan pinjaman pelajaran -Hadiah anak masuk universiti

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Unit Perancang Ekonomi Negeri UPEN)-Pendaftaran ibu tunggal -Semakan status pelaburan ASB/ASW -Promosi produk IKS -Promosi produk pelancongan -Promosi perladangan, pertanian & perikanan. -

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)-Pendaftaran TAWAS -Promosi TAWAS -Khidmat pelanggan

Rantaian Mesra Sdn Bhd -Promosi Skim Mesra Usia Emas

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor -Khidmat pelanggan / bantuan -Pendaftaran OKU -Pendaftaran pusat penjagaan -Semakan bayran bantuan

Pejabat Pilihan raya Selangor-Pendaftaran baru -Pendaftaran tukar alamat -Semakan daftar pemilih -Aduan -Kuiz

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor-Khidmat nasihat -Penerangan -Pameran -Tayangan video dan kuiz

Jabatan Pengangkutan Jalan-Pameran -Kuiz

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)-Pameran -Promosi Program Qua-Qua -Tayangan video -Kuiz

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta -Pertanyaan -Risalah dan pameran -Kuiz

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor-Jualan Borang SPP01

Jabatan Imigresen Malaysia-Pameran -Aduan

Jabatan Alam Sekitar Selangor-Pameran

Jabatan Pertanian Negeri Selangor -Aduan -Edaran kit Bumi Hijau

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor -Khidmat nasihat -Pameran -Pamplet

Pejabat Tanah dan Galian Selangor -Khidmat pelanggan

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor -Info Hutan lipur dan Taman Negeri Selangor -Kuiz

Perbendaharaan Negeri Selangor -Pengenalan dan pameran

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)-Tayangan video -Pameran

Badan Pencegah Rasuah (BPR) -Aduan -Risalah & tayangan video -Kuiz / silang kata

Pusat Pelaburan Selangor (SSIC) Bhd -Penerangan -Perbincangan

Lembaga Muzium Selangor -Pameran -Aduan / maklum balas -Kuiz

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor-Rancangan pembangunan -Program pembangunan mampan -Rancangan fizikal Negara -E- Rancang

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor-Kempen keahlian

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)-Informasi dan aktiviti PKPS

Biro Bantuan Guaman Selangor-Promosi Biro Bantuan Guaman -Nasihat guaman

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) -Khidmat pelanggan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Korporat/ Urusetia)-Aduan -Urusetia Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu_

Tiada ulasan: